Monday, September 19, 2011

Monday

bismIllah...



Razin batuk-batuk since semalam. Selsema juga. Meleleh hingus bila bersin. Kalau aku lap, marah lak... adei la...

Semalam try jugak le sedut hingus dia tu guna mulut tapi dia marah.. dapat sikit-sikit je. Cara aku tak betul kot? Ntah.. memang tak reti sangat. Suruh suami buat, dia ngelak. Geli sangat la konon ngan hingus anak. Geram betul aku...

Semalam cari gak le klinik untuk check Razin tapi most clinics tutup. Yang 24 jam aku pergi semalam doktornya datang lagi setengah jam. Malas nak tunggu so balik... Nasib baik la Razin ok je... Tak demam...

Malam tadi dia batuk-batuk lagi.. time tidur dalam buaian pun batuk... risau aku...

Pagi tadi time Mr CC dah nak pergi kerja Razin bangun. Elok je ayah dia blah pergi kerja, dia batuk-batuk kuat. Macam orang tua... risau gile arr aku... Terus siap-siapkan dia nak bawak pergi klinik. Plan awal nak bawak pergi klinik time lunch hour... Mr CC nak balik umah time camtu so leh bawakkan sekali... tapi sebab pagi ni Razin dah merisaukan aku, pagi ni kul 9 pagi tadi aku dah terpacak depan klinik pakar kanak-kanak kat Sitiawan.

Alhamdulillah takde ape-ape sangat. Kahak pun tak banyak... takde la sampai block paru-paru ke ape... takde kena sedut pun. Doctor just bagi ubat makan. Tapi kena monitor lagi la... kalau still tak baik-baik kena la jumpa doc lagi...

Hati aku sedih dengar dia batuk-batuk camtu. Ngan selsema lagi... sian Razin... Menitik jugak le airmata pagi tadi time siap-siapkan dia. Hati seorang ibu... memang lemah betul la kalau anak tak sihat ni. Nasib baik takde demam... kalau demam, lagi laaaaa... mental aku dah longlai time Razin demam beberapa hari lepas.

Masuk ofis around 11 am. Ikutkan hati nak je aku amik Unplanned Leave. Tapi takut ada kerja-kerja pending kat ofis... Plus, kena get readykan 6 bijik kereta untuk delivery esok. Mau pengsan si Ganesh nak get ready semua kereta kalau aku cuti. Dahle dia je yang ke hulu ke hilir tukar kereta SDI and Maxis kat Ipoh... kena la bertimbang rasa kan...

Orang lain ingat kerja kat Lumut ni rileks je. Yelah, branch kecik. Fleet tak besar kononnye. Tapi kat sini ada 2 orang sahaja! Ingat rileks sangat la?? Dahle last Friday hari Najib aku kena pergi ofis jugak... Kalau ada breakdown kena attend bla bla bla... Pantang betul aku kalau orang kata takde kerja. Nak je aku seligi-seligi... Bengang betul aku.

Pagi ni pun ada je emel yang menaikkan suhu kepala aku. Dahle aku ni hati berbelah bagi nak tinggal anak tak sihat kat umah, dapat lak emel yang cam nak cari kesalahan orang ni... eiii, ni la benda-benda yang aku annoyed sangat-sangat.

Ikutkan hati, malassss dah aku nak kerja kat sini. Serius.

Tapi Mr CC tak bagi aku quit. Yela, walaupun he's an engineer, tapi kalau kerja gomen ni berapa ringgit sangat le gajinya. Takdela banyak pun... kalau aku tak kerja, memang jenuh arrrr... So, kena taat pada suami... stick to current job jela.

Sedih. Tak seronok. Moody. Itu la aku setiap kali nak pergi kerja.

Macam mana nak kembalikan keseronokan bekerja tu eh?

Serius aku cakap aku dah tawar hati nak kerja. Kerja tu ok... berdepan ngan customers ni sume masih ok... tapi bekerja under orang lain ni yang aku masih try nak adapt.

So different than my time in KL. I so misssss my former superiors. I really do. I miss motivational talks from CBH. Yes, she screamed, she hit the table with books etc... but you don't get offended by her scolding. I never did. I understood completely why she acted that way. Memang la kita down sikit kena marah (who doesn't?) tapi tak amik hati punyer la... lagi semangat nak tunjuk kita leh buat kerja ada la... but then, she's a friend too...

Then Kak Rehan... Kak Rozy... diorang tegur kalau buat salah/lembab buat kerja. Diorang strict... tapi, cara diorang tu lain... camne nak cakap tah.

But now?

Haishhh... tak tau nak cakap. I'm not close with these new people... maybe that's one of the reason gak kot.

Aku perasan satu jela... orang ingat kat sini rileks. Tu la satu benda yang aku geram sangat. Macam la kita ni tak buat keje kan... haishh

Tahla... ape nak jadi eh. Tak best.

Kat KL pun dah tak best gak. Dengar cerita macam-macam. My former superiors pun bukan dok KL lagi dah. CBH naik pangkat, dah pindah HQ. Kak Rozy and Kak Rehan dah tukar ke KLIA. Encik Ismail (the one that I always go to when I have problem with cars!) pun dah tukar ke JB. Kalaulah aku masih di KL rasenya lagi teruk tekanan jiwa huahuahua...

Ahhh sudahlah...

Kerja... sampai bila pun tak abis..

For now, you just gotta do what you gotta do.

Ramadhan tahun lepas.
Berbuka di pantry ofis bagi yang stayback.



Shangrila Hotel, KL
Makan-makan sempena Abg Irman and Kak Rehan berpindah branch.


Salam...



alhamdulIllah...

4 comments:

amal said...

huhu dugaan keje ni macam2 la.. lebih2 lagi kalo makan gaji. ape2 pun sabar k! peduliklah dengan orang tu. yang penting keje kita jalan dan kita buat dengan ikhlas :)

razin dah ok blom?? skrg cuaca memang tak menentu. harap2 razin cepatla sembuh ek :)

deena awanis said...

Haii lah kerjaa..mmg best kalau boleh quit,goyang kaki kat umah..;-D

nads said...

hmmm...keluhan yang sama dari en.somi akak...ana sabar yer...keje kat mane2 pun sama...cuma kiter yang perlu kuat utk menghadapi semua dugaan;) take care dik...

Ryehanna said...

To Amal: Tgh nk buat dek jela ni tp ssh cos hari2 kerja kan... huhu...
Razin x baik batuk lg.. :(


To Deena: Kan??? kalaulahhh hahahaha


To Kak Nads: Haha.. abg shukor pn mengeluh cmtu gak ke... hmmm ssh nk ikhlas bekerja kalau perasaan tak berapa hepi.. xpela, usaha lagi! thanks kak...