Sunday, September 18, 2011

Dah tak muat laci...

bismIllah...


Ape yang dah tak muat dalam laci?? Baju? Tudung? Bra & panties?

Nope.

LAMPIN KAIN Razin!!

Ni gambar yang diambil pada bulan Ogos yang lepas.
Kat belah kanan tu still ada space untuk letak extra soakers dan inserts.




Ni gambar semalam.
Ok... still leh sumbat-sumbat lagi cd bagi betul-betul mampat tapi space kat kanan memang takleh reserve untuk extra soakers and inserts.



Maka, mereka berubah tempat ke laci kecil di bahagian atas.
Di sini aku letak prefolds Econobum, extra soakers GroVia dan extra inserts untuk cd pocket yang banyak dalam stash aku.



Actually, ada lagi cd yang on the way ni... Ada 6 ketul QQbaby and 2 ketul Weegro on the way.. tak tau bila dapat. Semalam aku beli jugak seketul Fuzzibunz (One Size)!! Susah betul nak cari cd tu dengan harga yang murah. Jumpa yang RM60 lebih tapi satu kaler tu je so rembat jela. Yang lain jual RM70 lebih and RM80 lebih..

So macam cukup le cd brand US yang aku dah ada... BumGenius, Gro-Via, Blueberry, Envibum, Econobum, Thirsties dan Fuzzibunz... ade lagi la brand lain tapi keinginan tu takdela sangat. Yang aku dah beli ni jer yang aku minat.


Know what? Sebenarnya aku dah berminat dengan cloth diapers ni sejak zaman student lagi. Aku teringat dulu-dulu aku pernah usya cd Rumparooz yang berharga RM85 kot waktu tu kat satu online store. Dalam hati aku dah terdetik, "Nanti aku ada anak aku nak beli ni". Tapi setakat tu jela. Lupe dah...sampai la bertahun-tahun selepas itu aku kahwin and pregnant, aku mula research balik tentang cloth diapers ni.... (oh sampai ke sudah aku tak beli pun Rumparooz cos ramai cakap cutting nyer kecik... Razin lak jenis bambam so tak beli le)

And memang aku tak salah, banyak kelebihan dan penjimatan yang aku leh dapat. So once aku dah suka, aku takkan berpaling ke belakang lagi. Tapi of course la aku start dengan cd-cd yang ekonomi dulu... try dulu then bila aku rasa aku leh handle cd ni sambil bekerja (yes, working mommies pun leh bercd), aku mula tambah stash sikit-sikit.

Lumrah bila kita dah minat pada sesuatu benda... Memang jadi sanggup keluarkan modal lebih untuk benda yang kita minat tu...

Ada orang tanya, "Tak sayang duit ke beli cd mahal-mahal?"

Yang mahal-mahal tu selalunya yang imported and branded cds la kan... Well, itu untuk kepuasan aku. Aku bersusah-payah cuci taik and kencing anak, aku nak le sesuatu yang leh bagi aku kepuasan hati. Lantak le orang tak tau baby pakai lampin yang harga RM85 seketul asalkan aku tau (ala.. CD Blueberry tu jela seketul yang paling mahal). Pedulik hape aku... self-satisfaction!

Depends on your budget la kan... kalau ada duit lebih, leh le beli... lagipun, seperti yang aku pernah tulis sebelum ni. TAK RUGI beli cd-cd mahal ni especially yang branded+imported. Ada resell value. You can still sell them back.

Aku start beli cd yang murah-murah je... And cd yang affordable ni yang kita tak sayang untuk pelasah hari-hari. My babysitter lebih suka pakaikan Razin ngan cd Babyland, Happy Flute and Autumnz. Oh... dan BumGenius juga. hihi... (aku rasa BG ni antara pocket cd yang best!)

Kalau aku nak suggest kat orang tentang cd, memang aku suggest beli cd-cd ekonomi dulu. Pelan-pelan kayuh cari yang mana sesuai... tapi cd-cd ekonomi ni memang dah cukup bagus dah pun.


And orang tanya lagi, "Watpe beli cd banyak-banyak ni? Kau tau kan, benda ni pakai kat bontot je?"

Oh yes... of course la aku tau. Tapi we already know kan yang benda ni lampin kain. Dari KAIN dan perlu dibasuh. Salahke ada stash yang banyak cos aku pun bukan rajin nak basuh hari-hari cd ni... Please bear in mind that I bought most of my early stash when I'm pregnant. Baby belum kuar tapi cd dah ada dalam 15 keping camtu...

So bila aku ada cd yang agak banyak, leh la 2 atau 3 hari tak basuh (setakat ni aku pernah 2 hari je tak basuh) and dalam masa yang sama aku ada cd-cd lagi untuk backup. Kalau hujan, cd tak kering? haaa... tu la gunanya ada cd yang agak banyak.

Plus, when you have lots of cds to rotate, secara tak langsung cd-cd tu takdela banyak kali dipakai dalam sesuatu masa. Dalam seminggu, maybe aku pakai cd yang sama dalam 2, 3 kali je kot? Ini memanjangkan hayat cd tu... so kalaulah katakan aku nak jual balik cd tu, ianya masih dalam keadaan baik/look like new dan resell value nyer masih tinggi. Get it?

Some people argue, mengabiskan bil air dan letrik kalau cuci cd.

Aiyoooo... please la... Janganla cd ada 4,5 ketul pun nak masuk mesin. Kalau aku, setakat banyak tu aku basuh tangan je (ni time weekend and aku extra rajin). Setakat ni bil air umah aku takdela naik pun. Biase je... same goes with electric. Oh, bil letrik naik sikit cos masuk aircond. hikhik...

Kalau nak berkira hal bil air, air yang digunakan untuk menghasilkan kertas dan material buat disposable diapers lagi la banyakkkk.. :P

Hmm...
Jangan la anggap aku ni banyak duit sangat. Ini untuk kepuasan seorang ibu yang bercd. Plus, aku rasa aku mampu beli so aku beli...

Lagipun korang pernah ke nampak aku update blog ni ngan alat mekap mahal-mahal, skincare mahal-mahal, baju mahal-mahal mahupun kasut dan handbag branded-branded?

Ade ke aku tayang handbag Coach ke, kasut Jimmy Choo ke or shopping baju kat butik mahal-mahal kat sini?

Takde kan...

Cos aku bukan berhabis duit kat situ. Kereta pun takde... sebat kereta laki aku je. Suami pergi kerja naik motor. Then, aku pegi kerja pakai uniform je... kasut kerja pun bodo-bodo je... mekap? pencuci muka? ala... pakai Maybelline ngan Avon+L'oreal jer. hahahah. Mekap pun kalau rajin. :P

Ape-ape pun, bercd ni memang menjimatkan. Itu memang kita takleh nak argue la kan... Secomel mana disposable diapers (DD), tetap ke tong sampah jua (perasan tak sekarang DD pun ada design cute-cute kat bahagian bontot? haha). Tapi CD kita leh basuh and pakai semula...

Kalau orang yang susah dan anak ramai mintak bantuan/derma, aku cadangkan pakaikan lampin kain je kat anaknye.

Pasni nak try usya tentang 'cloth pad' (CP) lak. Setelah Razin almost 6 bulan baru period datang... tu pun kejap gile, 4 hari je kot? Hmmm... tapi cloth pad ni buat sendiri pun boley... hihihihi

Oklah. Cukup la membebel kat sini. Salam.....

p/s: Kalau aku nak jual cd, rasa-rasa ade yang berminat tak? :P


alhamdulIllah...

4 comments:

amal said...

kagum!

still dalam dilema nak beli ke tak cd ni. pasni dah tak keje. baki nak keje pun 2 bulan je lagi. gaji 2 bulan tu nak guna untuk macam2.. hubby lak macam kureng supportive. lepas ni dah tak keje payahla nak mintak duit ngan dia kalo dah tak supportive macam ni huhuh...

isk....

Ryehanna said...

Kalau dah tak kerja rasenya lagi la senang nak handle cd ni...tp tu la, kena kuar duit sikit la masa mula2 nak kumpul stash...

Xper, slow2 kayuh... yang affordable ada yang tak sampai rm20 pun. :)

Pocket said...

pocket kagum dengan kamu,
yang membeli CD ini dengan penuh minatnya, minat kamu disitu,
nak wat camana.

walaupun pocket nanti pastinya menentang pembelian CD nih,
heheheh:D (Lain rumah lain periuk, lain kerak^^)

sriwani said...

betul kan kalau dah minat ber CD ni mmg tangan gatal asyik nak beli jer. tak kisah la yg mahal or murah pun kan. janji hati puas. sbb design CDs ni sgt cute...setakat ni ada Simplex, rumparooz, bum genius, QQ baby, Babyland....