Thursday, September 8, 2011

Penatla... so aku nak berleter.

bismIllah...


Balik keje arini almost 9pm.

Ape la... benci betul aku...

Tapi takleh nak wat ape la since nak tunggu customer yang ada problem kereta i.e kunci kereta takleh tarik keluar. Gear ketat. Benda biase ar ni sebenarnya... jadi kat Ford Focus.

Nasib baik Mr CC (eh lame tak guna kata ganti nama ni hahaha) ada kat ofis untuk pickup aku abih keje. So dia la yang buat bagi boleh kuar kunci. Entah ape yang digodeknye ntah. Alih kereta and buat satu pusingan terus ok. Terkejut mamat Brazil tu. Nasibaik takyah tukar kereta. Maleh aku nak mikir nak tukar semula nanti -___-"

Arini aku kat atas jalan raya je. Pepagi ada deliver kat Ipoh Airport. Sebelum tu hantar Ford Mondeo yang due inspection arini ke workshop wat alignment, balancing and check brakes. Balik dari Ipoh amik Mondeo tu bawak pergi cuci then hantar ke Puspakom. Sekali FAIL!! Cam cibai. Dahle guna duit sendiri sebab petty cash dah abis. Bengkek je aku. Nak kena re-inspection, duit lagi. Dahle rental branch lain, bukannye Lumut! Bila mintak duit bagi alasan takde orang kat ofis untuk transfer duit. Grrrrr... mane tak berasap kepala aku arini.

Nyampah betul... Luck takde ke ape... Dahle masa otw ke Ipoh pagi tadi traffic lights yang punyerla berlambak dari Lumut-Ipoh almost 90% semuanya merah masa turn aku??? Bengangggg ok. Dahle nak cepat sebab reservation kul 11 pagi. Hantar kereta kat workshop pukul 9am (dah time tu je baru workshop bukak). Rush macam ape je. Memula ingat takmo langgar had laju tapi takleh nak watpe. Kena gak le speed kang lagi lambat, customer ngamuk. Kang kena saman, sendiri gak tanggung...

Serius rasa cam dah nyampah nak kerja.

Selama ni kerja kat KL memang takde pasal la aku nak keluar bawak kereta sangat. Abis-abis pun hantar kereta kat carwash je... tapi ni?? aiyooo penat la....

Yang buat aku lagi meluat is... ada orang anggap kita ni rileks je kerja. Rasa tak dihargai tau tak camne? Haaa tak best kan? So mood kerja aku dah ke laut dah ni...

Petang, lepas selesai inspection kat Puspakom and hantar balik kereta tu kat workshop dalam pukul 4 lebih baru dapat masuk ofis settlekan paperwork sikit-sikit. Bace emel yang bertubi-tubi masuk since 'ada case'. Serabut otak aku.

Sampai ke malam dok ofis. Nasibaik la umah dekat ngan ofis. Hmmmm...

Dah bosan la weh.

Benda yang tak sudah...

Lagi plak sekarang kerja under different people than what I'm used to, so dapat rasa sangat perbezaannya. Beza sangat. Dan tak best.

Kat KL pun same je sekarang... aku rasa, lagi teruk kot?

Haihhh.. kerja kerja... sampai bila tak abis...

Bila la aku mampu untuk 'tidak bekerja' ni??

T___T

Balik tadi terima parcel Baby Cubes aku. Lega... rebus sambil kukus buah epal+broccoli untuk buat puree Razin. Siap dah puree epal+broccoli dalam fridge.

Angkat cd-cd di jemuran untuk dilipat (tapi tak lipat pun lagi.. ada dalam bakul sebelah ni)

Hubby masak lagi arini. Ikan pari bakar... bebudak kapal mancing masa sailing. :)
.
.
.
.

Ade tak kerja-kerja yang senang dan dapat income best dengan duduk di rumah saje?? Suggestions pls.... huhu

Comments are closed.

Terfikir gak nak private je blog ni. Tapi kang lagi sakit pala otak aku simpan je sume yang terpendam...


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!


Salam.



alhamdulIllah...