Monday, April 30, 2012

Tulisan dari hati

bismIllah...



Rindu itu sesuatu yang meresahkan...
Mengasyikkan kah?
Tak tau... tapi sesuatu yang bagus jugak. Apelah ade pada hati kalau tiada rasa rindu? Rindu tanda cinta. Rindu tanda sayang.

Dah 2 minggu terpisah. Tak sabar nak bersatu semula.

Lagi beberapa minggu...

I'm glad I'm surrounded by family now. So, sedikit sebanyak rasa rindu tu takdela dilayan sangat.

Lagi pulak ada si comel Razin! Makin banyak akalnya...

Dah pandai cari kasut bila nampak Mak dan mak-mak saudaranya siap-siap. Terus cari kasut and baling kat kita untuk pakaikan! Tak menahan... Dah pandai bahasa nak ikut orang berjalan. :)

Dah pandai protes bila ditegur. Mulala dia nak growl... garang betul! Last week masa checkup pun nurse terkejut dengar Razin growl (dalam BM aku tak tau nak explain... Sebabnya? Razin tiru bunyi yang dibuat kalau kita larang dia... "Hepppp" + a lil bit of growling.=p

Pengajaran? Jaga percakapan dan jangan cakap yang bukan-bukan nanti dia tiru huhu...

We miss my other half.

Kalau Razin nampak aku cakap dalam phone je mesti dia akan terkedek-kedek datang menyibuk. Ingat cakap dengan Ayah dia. Tapi kekadang cakap ngan supplier or customer huhu...

Hari ni aku buat sales offline. Hantar barang kat customer di Ayer Tawar dan Manjung. Macam kelakar pun ada... udah macam mak cik-mak cik jual barang tepi jalan. ekekeke... pengalaman betul. Tapi best!

Pegang duit cash dalam tangan lagi best dari duit masuk bank secara online ku rasa.

Haih... kalau ada rezeki, insya Allah nak jugak ada kedai sendiri *wah veranganss!*

Takpela... berangan tak kena duit.

Till then, assalamualaikum...



Written By Ryehana

0 comments: