Saturday, April 10, 2010

Di persimpangan dilema

bismIllah...


Tajuk ada kaitan dengan ape yang sedang aku rasa. Tapi rasanya takkan ada kaitan dengan apa aku nak tulis ni.


Oh wellllll...

Semalam Mr Chubby Cheeks dah mai KL. Amik aku dan Nini dari ofis. Elok pun cos KL hujan!! jalan jem gilebabi... kitorang terus pergi Jalan Pudu amik kad kahwin yang dah siap.

Kos kad kahwin semua dah langsai cos Mr CC bayar full time tempah bulan Feb lepas. But, macam aku expect, ada flaw!!! Aiyohh... kenape ek... aku pun cam leh agak macam ada benda yang tak berapa betul masa confirmkan draf untuk printing. So, terkedu le sekejap Mr CC bila tengok kad tu. Kitorang pilih yang jenis poket tu.

Yang poket okey, tapi interlay kat dalam tu ada salah cetak kat bahagian lokasi. Kalau ikutkan aku yang hentam keromo ni, pergi mampus ah ada salah sikit pun. Tapi bila aku tengok muka Mr CC macam tak puas hati, so.... aku pun tanya la designer tu ape yang leh kami buat.

Nak reprint?? adoi... kena byr lagi la... sebab dah sah-sah salah aku dan Mr CC cos tak semak betul-betul (tapi Mr CC salahkan aku je cos aku yang dpt emel dari designer tu. eleh... aku CC kat dia jugak before confirm utk print. huh! <--- di sini dah ada liku-liku kecil yang menguji kesabaran sesama diri kami)

So, dia bagi solution untuk tak payah reprint. Nini pun volunteer nak buat kerja remeh-temeh tu. So lantakkkkk.... buatla ape pun.

Still... kalau ikutkan logik dan tahap kematangan aku, memang aku tak kisah sangat cos defect tu bagi aku sikit je.

Tapi... kalau ikutkan hati perempuan aku yang halus malus ni (yang aku selalu malas nak layan sangat), rase sedih le jugak...

Ahhhh... persetankan. Bukan ada orang nak simpan pun kad-kad tu. Tefon jugak kalau nak datang kan???

Ahh biarlah.

***


Lepas amik kad, singgah Taman Maluri cos Nini nak ambil barang-barang dia untuk balik kampung. Yer, dia nak balik Perak. Aku boleh terlupa lak dia ada exam arini... Entah dah berapa kali amik exam nyer tah. Nak sangat kerja gomen.

So, lepas amik barang, singgah Pizza Hut sebelah Jusco Maluri. Membaham tak ingat sebab lapo gile... Nak makan pun kena cepat-cepat cos Nini nyer train balik Batu Gajah pukul 9.30 malam. Masa masuk pizza hut dah kul 8 lebih...

At last, hantar Nini naik monorel kat Bukit Bintang jela cos Tapa dah pening+serabut+letih... dia pun tak nah pergi area KL Sentral tu so dari sesat larat, better Nini naik monorel. Lagi cepat. Takde stuck dalam traffic.

That was last night.

***

Today I'm going out with Mr CC untuk hunt barang-barang hantaran. Rabak tahap gaban la pasni. Dahle nak pergi company trip ke Pulau Redang next week (16hb-18hb je). Mane nak cekau duit. Nasibaik pergi free... duit nak berbelanja jelah.. adehhh...

Takpela.. arini first outing. Second outing adalah bila dapat gaji bulan April ni... nanti kita cari lagi ape barang yang tak cukup.

Duit duit di mana engkau duit?

Macam ni nak suruh aku berhenti kerja dan dok Perak???

Hmm....

***

Last Wednesday, I watched 'How to train your dragon' with Nini. Gilababeng best!!! thanks to fellow twitterers yang suggest aku tengok citer tu rather than 'Clash of the Titans'.


Awwww...
Look at that toothless smile!
Isn't he cute?



Citer 'How to train your dragon' memang best!! Comel giler Toothless!! and how I love Gerard Butler's voice dengan slang2 Viking beliau. hahaha... I can watch it again! As a matter of fact, aku suh Nini cari dvd citer tu... nak tengok lagi! hehe...

Cakap tentang dvd, bapak mahal nak mampos dvd pirate kat KL ni. RM7? RM8?

Tak hengen aku.... I could get lesser than that in Perak.



K lah... masa untuk tidur balik. Mr CC datang tengah hari sikit kot. Dia tido umah kakak dia kat Balakong. Ade gak ajak aku tido sana semalam. Hisy, segan aku. Bapak dia pun ada kat umah kakak dia tu. Oh tidak... aku segan. Tunggu dah kahwin takpe la...

Itu cara aku.

Nasib baik dia paham and takde nak paksa-paksa. Yelah, agak leceh la bagi dia nak datang Maluri amik aku pulak arini.

Hmm... Nasiblah.



alhamdulIllah...

15 comments:

fik-autoz said...

nak kad 1.....

Ryehanna said...

nanti la.. kena alter dulu kot. huhu

Cik LeYha~~~ said...

kak ana, dok maluri ea?
jom la kiter date kat jusco...org kat bndar tun razak. hik3..
have a nice weekend.=)

e-liex said...

how to train ur dragon memang best gile! lagi2 tengok 3d. berbaloi2~ ;)

apiih said...

nak tgk movie tuhh..... :(

Ryehanna said...

To Cik Leyha: Yup! moh la kite... bebila free, roger aaa... :P

To E-liex: Tapi kitorg tak tgk 3d pn cos Nini pakai spek. mcm menyusahkan nk pakai spek 3d n spek dia. double spectacles la plak jdnye nnt. so dia xnk...

To Apiih: Pergila tgk... hari rabu murah. hehe

~azalea~ said...

nak tengok kad!! =)hehe..


betul eh best cite katon tu?? nak tgk jgk tapi tah bile.

err,nati pinjam cd leh?? hik3..=p

Sendra said...

cerita how to train your dragon tu memang sangatlah best..palin best babak dia mula2 ajar toothless terbang,lepas dia buatkan sayap pada ekor toothless tu..psst..nak tahu tak..DVD pirate kat JB hanyalah rm4 sekeping..RM10 3 keping..berbaloi2...tak tipu..

Legasi Piston Pecah said...

dugaan sebelum kahwin tuh..kene cek betul2 lenkali...

ramai yang cakap clash of the titan tak besh...lagi layan how to train ur dragon..

Aina Ana said...

Nak pegi Redang? Best wooo..Akak dah pegi bulan lepas. Company trip juga, 3 hari 2 malam. Duk kat Laguna, food sedap. Pegi snorkelling lagi la best..

green apple said...

kad kawen akak dulu pun salah print gak. so on the wedding day, mak aji ngan pak aji asik menjawab call sebab semorang sesat. nasib la..

Ryehanna said...

To Azalea: Alah.. nanti la.. dahla salah print. malu nak tayang.. muahahah

To Sendra: waa.. murah tu... tp kalo 3 dvd RM1O kat perak pun ada.. hehe...
yup. babak dia nak ajar terbang tu mmg best gila! hehehehe'

To Aina Ana: Yup! company trip. free!! haha... ana xsure la diorang wat katne tp 3 hari 2 mlm gak la... mintak2 best. den dahla tak tau berenang... :(

To Kak Di Green Apple: Tu la kan.. dahla lokasi... tp kad kitorang ni peta betul just terbalik je. peta lelaki kat pompuan, peta pompuan kat belah laki. :P

yonna said...

aku rasa.untuk aku lah kan wedding card kena perfect. lagi2 kalau bab lokasi. kang org sesat,tak pasal je kan? :D

tp nak reprint tu masak ah. nasib ada nini nak tlg alter kan. :D

rilek2 weh. hahha. banyak dugaan menjelang perkahwinan ni :)

nesca said...

best kan best kan? aku baru je siap download kat piratebay. quality boleh tahan, haaa apa lagi!

P/S: camne ek nak cross² kan ayat kat ruang komen ni.. kantul la aku jadi pengedar pirate muvi

Nurulhuda|Adlie said...

rye bila dah ada sumthing happen mmg boleh jadi bahan kan nak bergadoh sakan, tu namanya dugaan saat2 akhir nak kawin, ada je setan2 yang tak nak bg kita kawin.. ada jelah yg tak kena kan, kene banyak sabar even mmg dah salah kita kan, pasal kad tu try fix kan la, kalau reprint mmg kene charge sebab dia dah bagi kita check kan..