Wednesday, April 14, 2010

Panggilan pulau...

bismIllah...



Aku ada mention yang aku bakal join company trip ke Pulau Redang before kan? Well... ada satu perkara yang aku sedang risau sekarang ni...

My sister tengah period, my colleague, Shakila yang selalu dok sebelah aku kat counter pun tengah period... Sikit lagi mesti giliran aku punye! Selalu macam tu..

Ate nyer, nak snorkelling jadah ape kalo berdarah-darah ni??

Takleh join orang snorkelling le kan?

Oh no!! Rugi ah kalau tak join. Dahle Redang tu famous dengan beautiful corals! Teringin wehhhh... Well, takpe kalau tak tau berenang pun cos diorang bagi life-jacket. Terapung jela... bestnye!!

Maka, tadi aku sembang-sembang la ngan kawan-kawan aku camne nak buat kalau tetiba aku period lak weekend ni.. Sembang ngan Shakila and Nurul... Dua-dua bini orang... Diorang suggest aku makan pil yang tahan haid tu. Ala, macam orang pergi Mekah amik tu... Haaa... Idea bernas gak ni.

Then, nak beli kat mane? Isy, aku ni leceh sikit bab-bab nak membeli ubat ni. Memang tak reti. Nurul suggest tanya boss aku camne... Cos boss aku mesti tau punyer.. almaklum, hot babe! muehehehe...

Masa boss ada, Nurul pass note kat dia bertulis "Boss, you ada tak pil untuk tak nak bagi period?".

Dapat kat tangan boss, beliau pergi bace kuat-kuat! Nasib baik sempat kat "Boss, you ada tak pil..." je! Gilos.. malu ler... Ada branch head dari seluruh Malaysia time tu. Semua male weh...

Tapi terkantoi gak bila boss selamba cakap, dia ada banyak stok. "You tak payah beli laaa... I ada satu papan kat rumah. Esok I bawak untuk you ok. You sms pagi esok"

Then dia datang kat kami dan bisik, "Tapi I makan bukan untuk berenang kat laut la... I makan untuk berenang atas katil". Wakakaka... *she's Chinese btw

Okeh. Settle. Tapi aku macam risau le jugak. Takpe ke makan pil tahan period nih?? huhuhu...

Anyway... agak teruja untuk ke Redang Jumaat ni. Barang satu hapah tak pack lagi. Tapi aku dah get ready 1 tracksuit. Lame gile kot tak beli tracksuit. Tapi rasenye kena beli lagi cos ramai kata program kena air agak banyak.

Tak silap aku, kitorang stay kat Berjaya Resort. Flight pun naik Berjaya Air kat Subang Skypark. Mmm... leh la usya Subang punyer branch. Aku taknah tengok lagi counter kitorang kat Subang Skypark [Airport] camne. Asyik dengar citer si Razeef mengusya awek stewardess je. huhu...

I love my job right now walaupun banyak gile dugaan. Time dapat treat camni la rasa lagi sayang nak tukar kerja lain. Seriously! Thanks, SDRAC cos bagi aku peluang join company trip ni. :')

Sebabnya ada gak yang tak pergi especially pekerja yang baru masuk tahun ni. Diorang baru confirm bulan March lepas... and syarat-syarat boleh join adalah peserta mesti pekerja confirm since December 2009. So, aku kan masuk Ogos tahun lepas... alhamdulillah dapat join.

Dahle time kitorang pergi Redang ni boss dapat project besar. Ade orang sewa kereta sampai 1++ units kereta for 4-5 days! Jenuh la orang yang tak pergi Redang buat kerja. Sian gak tapi nak wat camne... Boss dapat projek tu pun last minute. Untuk pameran DSA di PWTC weekend ni tak silap...

Oh well...

Doakan semuanya berjalan lancar ya!

I end this entry with this video that made me laugh my heart out a few hours ago. For the record, me and my sis, WE HEART ELLEN DEGENERES and Portia too!! (Nini banyak luangkan masa tengok show ED kat youtube bila takde kerja. Aku lak layan yang Nini favorited je. :P )



Okay, time to sleep. Esok kena masuk kerja awal. And esok bila free baru aku balas komen-komen anda.. masehh...


Salam sayang,


alhamdulIllah...

6 comments:

aizuddin.com said...

nasib lah laki tak de period2..kalau tak mesti kena makan pil jugak nt..hehe

fik-autoz said...

erm,klu berani akak try la...huhu

Zul said...

huh.. ade ek pil gitu? macam biasa la.. dapatkan nsihat doktor sebelum menggunakannya.. haha :)

Mr Kamikaze said...

Klu tgh menyelam tiba2 keluar haid...tak dpt nak bayangkan...hehehe

Legasi Piston Pecah said...

pergh..bestnya..
selamat bercuti..!

apiih said...

selamat bercuti akak..uhuhuhu